Thursday, December 4, 2014

Krim Herbal Blend menjadi solusi untuk pelbagai situasi

Assalamu'alaikum

Saya doakan anda semua sihat dan berjaya, dipermudahkan urusan dan dilimpahi rezeki. Insya'Allah.

Tujuan saya menulis pada harini adalah untuk berkongsi dengan anda semua tentang satu Krim Ajaib.. kenapa krim ajaib? sebab krim ni boleh membantu menyelesaikan hampir pelbagai penyakit kulit serta pelbagai isu kesihatan yang lain seperti lenguh otot, sakit sendi dan sebagainya..

Memperkenalkan Herbal Blend Multipurpose Cream.... (nama pun Multipurpose kaaannnn...)

Info Krim Herbal Blend 

Untuk yang belum tahu, Krim Herbal Blend ni diekstrak secara semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan herba secara semulajadi termasuk sage, horse chestnut, yarrow and rosemary.




Antara manfaat herba-berba berikut adalah:


1) Sage: Meningkatkan peredaran darah dan meransang pembaharuan sel. Herba ini kaya dengan Vitamin A dan kalsium yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan semula sel setiap hari. Herba ini turut mengandungi antioksidan yang memerangi radikal bebas.


2) Horse Chestnut: Membantu meningkatkan peredarah darah dan membantu kulit untuk melawan tanda-tanda penuaan. Kandungan escin di dalam herba ini merupakan satu rawatan berkesan untuk kulit lebam serta memperkuat dan memperbaiki kapilari yang pecah yang menyebabkan kulit berwarna biru / hitam.


3) Yarrow: Herba yang mengandungi bahan aktif yang bersifat anti-radang dan antiseptik. Ia juga membantu memperbaiki tisu-tisu yang rosak di dalam badan. Sifat semulajadinya itu menjadikan ia penawar serba guna yang boleh digunakan secara luaran, membantu menyembuhkan luka, luka terbakar dan ulser serta bengkak dan alahan kulit.


4) Rosemary: Mengandungi antioksidan yang dapat mencegah kerosakan kulit dan membantu agar tona kulit sekata serta meneutralkan radikal bebas. Herba ini juga kaya dengan mineral yang membantu mengurangkan kedutan serta melindungi kulit dari kerosakan.


Untuk pengetahuan semua, saya dan suami turut menggunakan Krim Herbal Blend ni untuk pelbagai situasi.. Antaranya adalah ketika trip kami ke Johor dan Singapura. Memang bersyukur sangat sebab bawak krim ni.




Kisah pertama:

Masa g Legoland..panas kat sana bak hang memang sangat panas..smp rasa perit kulit bila terkena panas tu..bila blk bilik tgk muka dh ada sun burn merah2 kt atas pipi n hidung.. Terus basuh muka n sapu krim ni.. X sampai sejam muka dh x pedih and dah xmerah mcm td.. Alhamdulillah!

Kisah kedua:

Al maklum la bila dah banyak jalan.. Kaki pun melecet and pedih.. Sama jugak lepas mandi sebelum tidur sapu krim ni kat kaki tempat melecet tu.. Esok bangun pagi, tempat melecet tadi dah kering dan tak pedih.. So apa lagi lepas mandi pagi sapu lagi.. Alhamdulillah! Seharian berjalan pun tak sakit dah..

Kisah ketiga: 

Kaki hubby injured kat bhgian tapak kaki lepas main gym aritu sebelum pergi trip ni.. Hari2 sebelum tido sapu n urut kaki tu guna krim ni..Alhamdulillah! Sepanjang trip ni hubby tetap boleh berjalan..kalau dulu confirm duduk hotel je la sebab tak leh jalan.. 

Banyak lagi kisah pengalaman sendiri ni, kalau nak cerita kat sini mau sampai esok pun korang tak habis baca.. Senang cerita krim ni memang serbaguna.. Ala2 sakit lutut sengal2 pun boleh je sapu.. Saya sendiri pernah sapu pada bahagian lebam terkena paint ball yang dari dulu tak hilang, sekali dua sapu, tengok-tengok kesan hitam tu dah berkurangan. 

The best part is, harga krim ni memang sangat murah.. Krim ni memang sentiasa saya bawa ke mana2 pun.. Best sangat. Sebab tu kat branch asal restock je mesti cepat habis.. So apa lagi grab selagi stok masih ada..

Saya akhiri entri kali ini dengan testimoni daripada pengguna Herbal Blend Cream.. So bagi anda di luar sana yang mempunyai anak mengalami eczema atau penyakit kulit yang lain, bolehlah mencuba Krim Herbal Blend ni.


Testimoni Krim Herbal Blend 




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Azma untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Azma
Shaklee ID : 1167781
019-206 9656 (Call, SMS, WhatsApp)
az.personality@gmail.com 


Monday, December 1, 2014

Pengalaman melawat ke Rumah Titian Kasih

Assalamu'alaikum

Saya doakan anda semua bahagia di samping keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki serta berjaya dunia dan akhirat.

Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya melawat Rumah Anak Yatim Titian Kasih (RTK) yang terletak di Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Rumah Titian Kasih dari pandangan luar

Pandangan hadapan Rumah Titian Kasih

Untuk pengetahuan anda semua, RTK ini merupakan sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1998 untuk memberi perlindungan kepada anak yatim piatu, anak-anak gelandangan, orang kurang upaya (OKU), warga emas fakir miskin, ibu-ibu tunggal serta wanita-wanita yang dianiaya, didera dan terpinggir.

Ramai juga yang tertanya-tanya, mengapa rumah ini terletak di tengah kota? ni mesti nak buat bisnes je ni.. sebenarnya tidak, tujuan rumah ini berada di tengah kota agar mudah untuk didatangi puak-puak gelandangan yang lazimnya berada di kawasan chow kit, Jalan TAR, petaling Street dan banyak lagi.

Berbalik kepada cerita saya tadi, apabila sampai sahaja di RTK, saya pun memarkir kereta dan terus menelefon penjaga RTK, iaitu Mak Pah. Rupa-rupanya Mak Pah dah keluar membawa anak2 untuk membeli baju sekolah. maklumlah cuti sekolah akhir tahun. Mak Pah minta saya berjumpa dengan Kak Effa.

Jadi, tanpa cerita panjang, saya pun masuk ke dalam rumah itu dan memberi salam..

"Assalamu'alaikum..."

Tanpa diduga saya disambut baik oleh anak-anak yatim yang umur mereka dalam linkungan 2-3 tahun..

"Ibu...ibu..." panggil anak-anak tersebut sambil memeluk saya dengan erat dan mencium tangan saya.

Terharu dengan reaksi anak-anak itu, saya pun mendukung mereka ke dalam dan berjumpa dengan Kak Effa. Allah sahaja yang tau perasaan saya ketika itu. Betapa mereka ini amat memerlukan kasih sayang.

Inilah Baby.. siap 'peace' sebab nak ambil gambar..hehe

Baby sedang leka bermain mainannya

Setelah berborak sedikit dengan Kak Effa, barulah saya tau, kanak-kanak yang datang memeluk saya tadi rupanya dihantar ke sana oleh ibunya pada tahun lepas dan tidak lagi muncul-muncul. Mereka menggelar anak itu Baby kerana dia tidak mempunyai surat beranak dan namanya yang sebenar juga tidak diketahui. Alangkah sedihnya saya..

Terlintas di fikiran, bagaimana anak ini akan membesar dan bagaimana pula persekolahannya.

Menurut Kak Effa, anak-anak yang tiada surat beranak akan dihantar ke sebuah sekolah kerajaan yang khas untuk para pelajar yang tidak mempunyai pengenalan diri. Di sana mereka diajar skil vokasional yang melibatkan jahitan, memasak dan sebagainya.

Setelah bermain seketika dengan Baby, datang pula Batrisya, seorang kanak-kanak yang nasibnya lebih kurang seperti Baby tadi. Umurnya lebih muda berbanding Baby, panggilan manjanya Isya.

Yang berbaju purple tu ialah Isya

Isya mempunyai bapa tapi tidak mempunyai Ibu. Bapanya turut tinggal di Rumah tersebut.

Ini pula salah seorang penghuni OKU.. tapi dia sangat rajin dan suka membantu. Kat sini dia tengah bagi susu pada anak Kak Effa.. sangat independant


Seketika kemudian, saya di bawa oleh Kak Effa untuk berjalan sekeliling rumah.

Apa yang saya dapati, rumah itu nampak besar dari luar namun sempit untuk diduduki oleh lebih 130 orang penghuni. Katil-katil mereka disusun sebelah menyebelah dan terdapat juga tilam-tilam yang akan dibentang pada malam hari bagi menampung penghuni yang ramai.

Ruang tidur kanak-kanak perempuan.. Kat belakang tu tilam yang disusun untuk kegunaan malam hari.

Antara gambar-gambar di sekitar rumah RTK.
Ruang tamu serta ruang solat jemaah untuk penghuni RTK
Ruang tidur penghuni OKU dan Ibu tunggal
Ruang tidur warga emas.. kelihatan seorang warga emas sedang dibersihkan oleh penjaga di situ
Ruang TV
Keadaan mesin basuh yang sudah uzur terletak di hadapan Ruang TV

Saya ke dapur seketika untuk melihat keadaan di situ. Di sana saya berjumpa pula dengan Atuk. Kelihatan Atuk sedang termenung. Tanpa berlengah, saya pun pergi bersalam dan tanpa diduga, Atuk memegang erat tangan saya seperti tidak mahu melepaskan.

Saya terdiam dan terus duduk berhadapan dengan Atuk.
 
Atuk
Atuk mula menceritakan kisahnya di mana dia mempunyai seorang anak yang telah pun meninggal dunia pada umur 1 tahun dan suaminya merupakan seorang pegawai polis di Bukit Aman. Suaminya juga telah meninggal dunia. Atuk ni berasal dari Johor dan telah ditipu oleh saudaranya sendiri yang inginkan duitnya. Setelah habis dikikis, beliau dihantar ke rumah RTK ini.

Yang paling best, Atuk ni sebenarnya seorang pelakon pada suatu ketika dahulu. katanya dia berjiran dengan Arwah Sharifah Aini di kampung dan pernah berlakon dalam cerita Uda dan Dara. Namun, arwah bapanya melarang Atuk untuk teruskan kerjaya sebagai pelakon.

Nanti nak carilah cerita tu, mana tau boleh cam muka Atuk zaman muda-muda dulu.. mesti glam..hehe.. Saya pun bergambar dengan Atuk..untuk kenang-kenagan.

Me & Atuk...
Seterusnya, setelah selesai melayan Atuk, saya pun ke depan dan berjumpa dengan Kak Effa.

Banyak yang Kak Effa kongsikan dengan saya. Antaranya pada suatu ketika dahulu, mereka menghuni rumah lain tidak jauh daripada tapak RTK sekarang, namum mereka telah dihalau oleh pemilik rumah yang ingin menjual rumah tersebut. Mereka diberi masa 24 jam untuk mengosongkan rumah. Alangkah sedihnya saya mendengar. Kisah ini telah dipaparkan di media akhbar.

Saya juga diberitahu bahawa RTK ini didaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namum tidak mendapat bantuan daripada JKM kerana kononnya mereka telah mendapat banyak sumbangan. Namun pada hakikatnya, RTK memerlukan RM30 Ribu untuk menampung kos makan pakai pada setiap bulan. kerana rumah yang diduduki itu ada bayaran sewanya iaitu berjumlah RM17 Ribu setiap bulan.

Kini RTK sedang merancang untuk membeli sebuah rumah bagi mengurangkan beban kos sewa mereka. Pada mereka yang ingin menderma, bolehlah membuat sumbangan terus ke akaun di bawah

Bank: Bank Muamalat
No. Akaun: 1404-0002396-71-8
Nama Akaun: Rumah Titian Kaseh

Saya cadangkan jika anda di luar sana mempunyai masa terluang, boleh la datang melawat anak-anak ini di alamat di bawah.

No. 15, Jalan Persiaran Titiwangsa,
Taman Tasik Titiwangsa
53200, Kuala Lumpur

Anda boleh juga berhubung terus dengan Mak Pah di talian 019-645 5769

Setelah selesai bersalam dengan Kak Effa dan Baby, saya pun minta diri untuk pulang ke pajabat. Perasaan yang tak dapat saya gambarkan ketika meninggalkan rumah tersebut..

Sekian dulu daripada saya... Insya'Allah berjumpa lagi di entri yang lain.

Wasalam.

Jika anda rasakan entri ini bermanfaat, kongsikan dengan teman-teman anda agar lebih ramai yang hadir untuk membantu.



 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates