Tuesday, September 30, 2014

My "impossible" Journey.. (Part 1)

Hi semua..

Kali ni saya nak share dengan anda semua tentang misi baru saya...

Sebenarnya.. saya memang takut dan rasa seperti tidak mampu untuk melakukannya.. tapi, saya gagahkan juga. Ok here it goes...


Misi saya adalah untuk menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan...


                                IMPOSSIBLE!!!...




Well.. nampak macam impossible tapi sebenarnya ianya boleh dilakukan.. (cewah!.. confident abis..)

Jadi, memandangkan saya nak berkongsi, jadi kenalah share habis kan..

Berat saya sekarang adalah 78kg.. (sila jangan komen mahu pun gelak..ehem)

Saya nak hilangkan 10kg.. jadi target berat dalam 3 bulan adalah 68kg.

Menggigil jugak sambil menulis ni.. macam-macam biawak dalam kepala ni.. ada yang kata tak bolehlah.. kalau tak kurus malula.. dan macam-macam lagi..

Tapi... sebelum saya jadi Ms. Bond.. dalam mission "impossible" saya ini... mestila saya dah buat homework..

Pertama, cara pengiraan BMR, DCR, dan juga apa itu kalori.. (details ni saya buat dalam entri lain ye)

Kedua, dah tau cara nak kira, apa lagi... kiralah..

Setelah kira punya kira... jumlah kalori yang boleh saya ambil dalam sehari hanyalah 993.51kcal...

WAH! acane tu?



Sebab nak kurus.. Jadi sekarang saya telah pun berjinak-jinak dengan aplikasi Fitnesspal untuk mengira kalori makanan yang saya ambil...

      (contoh gambar aplikasi yang saya google image nya)

Maka dengan ini, saya nak tak nak kenala melakarkan jadual pengambilan kalori dalam sehari dan WAJIB la saya follow kaannn...



Tapi... ada tapi... saya ada cabaran saya tersendiri..

Cabarannya adalah saya pernah menghidap thyroid dan bukan mudah bagi saya untuk menurunkan berat badan. (jadi kalau tak turun nanti bukan salah saya k... alasan sangat kaan) tapi takpe saya akan tetap mencuba dan doa dari kalian semua amat saya harapkan...

Jadi, setiap hari saya akan cakap pada diri sendiri.. saya akan turun berat badan sebanyak 10kg menjelang Disember 2014.

Saya pernah beberapa kali mencuba untuk menurunkan berat badan sebelum ni tapi tidak berjaya.

Macam mana nak berjaya kalau ubat yang diberikan Doktor tu mengandungi steroid.. Pantang sepuluh kali sekejap jadi lapar dan kalau tak makan, menggigil macam penagih. huhu..

Pelbagai kaedah telah saya cuba seperti memakai korset (banyak gila korset beli..tapi xpakai sebab tak selesa..adoyai)

Sapu minyak panas sampai nak terbakar rasa kulit. Gigih sangat menahan panas... Ada sekali tu sampai terpaksa pergi ke tandas untuk membasuh krim tu sebab tak tahan... huhuhu.

Segala kaedah-kaedah ini amat menyeksakan saya. Tapi kini, saya ingin menurunkan berat badan dengan cara yang sihat tanpa menyiksakan diri saya sendiri.

Nasib saya baik kerana Allah temukan saya dengan Group yang sangat Awesome, kami sama-sama ingin 'menipis' menjelang Disember 2014. Kami saling bertukar informasi dan memantau pemakanan harian.

Semoga misi saya ini berjaya.. Insya'Allah

Doakan saya ye..

Oklah chow dulu!

p/s: alamak hai nak dekat raya haji ni.... camano tu?

Wednesday, September 24, 2014

Silakan masuk!

Assalamu'alaikum,

Bismillahirahmanirahim, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekian alam.

Alhamdulillah.. Inilah kalimah pertama yang ingin saya coretkan pada penulisan pertama di blog saya ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setingi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia dariNya, saya telah diberi kekuatan untuk melaksanakan solat sunat dhuha secara istiqamah.. insya'Allah mudah-mudahan berpanjangan hendaknya.. Hari ini telah genap seminggu dhuha telah saya jalankan secara berturut-turut. Perasaan selepas solat sunat dhuha ini amat berlainan dan sukar untuk digambarkan..

Suami saya sendiri pernah bertanya "kenapa nampak happy sangat harini?" Tidak saya sangka bahawa solat sunat yang simple ini boleh menaikkan seri wajah untuk kelihatan ceria..Masya'Allah.. Alhamdulillah.. Dan yang paling saya suka..ketenangan yang saya kecapi dan perjalanan kerja harian rasa dipermudahkan..

Sebelum saya lupa, Terima kasih saya tidak terhingga kepada sekumpulan jutawan dan bakal jutawan yang telah mendidik kami para usahawan untuk mengabadikan "Master Checklist" untuk berjaya di dunia dan juga akhirat.. Syukran jazakallah..

JAHIL

Dulu, saya sememangnya tahu kewujudan solat sunat dhuha ini, namun saya tidak pernah endahkan kerana kononnya tuntutan waktu bekerja yang tidak mengizinkan. Astaghfirullah al azim! Walaupun pada ketika dulu, rakan-rakan sekerja saya turut mengamalkan solat sunat dhuha.. Dan masih mampu melaksanakan kerja-kerja di ofis.

Kerana apa saya acuh tidak acuh, kerana saya sendiri rasakan solat dhuha itu sunat, apa bezanya dengan berdoa, buat sujud syukur ke. Walaupun saya merupakan pelajar lepasan UIA, yang mana Universiti saya dulu sering menganjurkan kem-kem solat dan sebagainya.. Saya tidah pernah nak ambil tahu..

Alangkah ruginya saya pada waktu itu, kerana masa kita student, masa kita lebih banyak berbanding waktu bekerja. Jadi dulu bila dah mula bekerja, saya sering mengadu gaji tidak cukup, itu dan ini. Haih! Sungguh jahil pemikiranku pada waktu itu. Ya Allah! ampunilah hambamu yang daif ini..

TERSEDAR

Namun, Allah memang tidak pernah lupakan hamba-hambaNya.. Saya diperlihatkan dengan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" dan diperkenalkan kepada mentor-mentor yang sudah berjaya dan yang sudi berkongsi rahsia kejayaan mereka. Sesungguhnya solat sunat dhuha ini amat penting untuk kita berjaya.. Kita nak berjaya kenalah tiru orang yang sudah berjaya..

Petikan di bawah ini telah saya ambil dari blog "rahsia 8 jutawan terbongkar" mengenai pentingnya solat sunat dhuha dalam kehidupan harian kita.

Reference: http://rahsia8jutawanterbongkar.blogspot.com/2011/11/rahsia-jutawan-amalan-solat-sunat-dhuha.html


Ada pun diantara keutamaan atau manfaat shalat dhuha ini adalah apa yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Ahmad dari Abu Dzar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh orang lain agar melakukan amal kebaikan adalah sedekah, melarang orang lain agar tidak melakukan keburukan adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.”

Juga apa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Buraidah bahwa Rasulullah saw bersabda,”Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus dikeluarkan sedekahnya untuk tiap ruas tulang tersebut.” Para sahabat bertanya,”Siapakah yang mampu melaksanakan seperti itu, wahai Rasulullah saw?” Beliau saw menjawab,”Dahak yang ada di masjid, lalu pendam ke tanah dan membuang sesuatu gangguan dari tengah jalan, maka itu berarti sebuah sedekah. Akan tetapi jika tidak mampu melakukan itu semua, cukuplah engkau mengerjakan dua rakaat shalat dhuha

MULA BERUBAH

Berbalik kepada cerita saya tadi, oleh kerana tuntutan hidup, dengan keadaan kewangan yang tidak stabil, saya telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan di sini hidup saya mula berubah. Saya mula menjinakkan diri untuk lebih mengenali solat-solat sunat yang lain dan memperbanyakkan mendengar ceramah-ceramah agama yang mana salah satu daripada ceramah itu adalah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dato' Ismail Kamus yang membincangkan soal kelebihan solat sunat dhuha.

Antaranya adalah;

1. Mengelakkan kita daripada perbuatan dosa
2. Di akhirat nanti, Allah mempersiapkan satu syurga di mana pintunya tertulis 'Bab Dhuha' untuk para hambaNya yang mengamalkan dhuha
3. Untuk keberkatan rezeki

Saksikan video selanjutnya disini: http://youtu.be/iDHu6iqFKVU

http://youtu.be/iDHu6iqFKVU


Untuk yang belum tahu, solat sunat dhuha ini amatlah mudah, ianya boleh dilakukan mengikut kemampuan diri sama ada 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat, mahu pun 12 rakaat. Solatnya sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain iaitu 2 rakaat 1 salam dan mengikut pilihan rakaat kita. Selepas itu, bacalah doa ini;


Di sini, segalanya amat jelas bahawa rezeki Allah itu Maha Luas, namun jika kita berusaha untuk melakukan tuntutan Allah yang simple ni, nescaya Allah juga tidak akan lupa untuk terus membuka pintu rezeki kita. Insya'Allah.. Saya ingin juga berkongsi doa selepas solat sunat dhuha ini dalam versi nasyid untuk memudahkan kita menghafalnya. Klik sini. untuk video terebut.


KESAN PERUBAHAN

Kesan daripada amalan saya yang tidak seberapa ini, saya telah sedikit sebanyak merasakan aura positif di dalam diri dan rezeki yang datang lebih meluas berbanding dulu. Ada satu masa tu, dalam bank ada baki RM50 sahaja tapi dengan izinNya, jumlah itu mampu untuk bertahan selama seminggu di KL ni.. ajaibkan! Itulah rahsia Allah yang hanya DIA yang tahu dan dikurniakan kepada hambaNya yang DIA pilih.. Masya'Allah!

Jadi bagi anda diluar sana yang masih belum memulakan solat sunat ini, masih belum terlambat. Mulakan dengan perlahan dan Insya'Allah akan menjadi rutin harian kita Insya'Allah. Saya doakan urusan anda semua dipermudahkan dan semoga Allah SWT akan terus melimpahkan rezeki untuk kita semua. Amin!

Sekian untuk kali ini, Wasalam.

Note: Jika anda rasakan post ini bermanfaat, sila kongsikan untuk manfaat bersama. Insya'Allah!

-aimazma-
"Value your LIFE in different ways"


 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates