Monday, December 1, 2014

Pengalaman melawat ke Rumah Titian Kasih

Assalamu'alaikum

Saya doakan anda semua bahagia di samping keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki serta berjaya dunia dan akhirat.

Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya melawat Rumah Anak Yatim Titian Kasih (RTK) yang terletak di Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Rumah Titian Kasih dari pandangan luar

Pandangan hadapan Rumah Titian Kasih

Untuk pengetahuan anda semua, RTK ini merupakan sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1998 untuk memberi perlindungan kepada anak yatim piatu, anak-anak gelandangan, orang kurang upaya (OKU), warga emas fakir miskin, ibu-ibu tunggal serta wanita-wanita yang dianiaya, didera dan terpinggir.

Ramai juga yang tertanya-tanya, mengapa rumah ini terletak di tengah kota? ni mesti nak buat bisnes je ni.. sebenarnya tidak, tujuan rumah ini berada di tengah kota agar mudah untuk didatangi puak-puak gelandangan yang lazimnya berada di kawasan chow kit, Jalan TAR, petaling Street dan banyak lagi.

Berbalik kepada cerita saya tadi, apabila sampai sahaja di RTK, saya pun memarkir kereta dan terus menelefon penjaga RTK, iaitu Mak Pah. Rupa-rupanya Mak Pah dah keluar membawa anak2 untuk membeli baju sekolah. maklumlah cuti sekolah akhir tahun. Mak Pah minta saya berjumpa dengan Kak Effa.

Jadi, tanpa cerita panjang, saya pun masuk ke dalam rumah itu dan memberi salam..

"Assalamu'alaikum..."

Tanpa diduga saya disambut baik oleh anak-anak yatim yang umur mereka dalam linkungan 2-3 tahun..

"Ibu...ibu..." panggil anak-anak tersebut sambil memeluk saya dengan erat dan mencium tangan saya.

Terharu dengan reaksi anak-anak itu, saya pun mendukung mereka ke dalam dan berjumpa dengan Kak Effa. Allah sahaja yang tau perasaan saya ketika itu. Betapa mereka ini amat memerlukan kasih sayang.

Inilah Baby.. siap 'peace' sebab nak ambil gambar..hehe

Baby sedang leka bermain mainannya

Setelah berborak sedikit dengan Kak Effa, barulah saya tau, kanak-kanak yang datang memeluk saya tadi rupanya dihantar ke sana oleh ibunya pada tahun lepas dan tidak lagi muncul-muncul. Mereka menggelar anak itu Baby kerana dia tidak mempunyai surat beranak dan namanya yang sebenar juga tidak diketahui. Alangkah sedihnya saya..

Terlintas di fikiran, bagaimana anak ini akan membesar dan bagaimana pula persekolahannya.

Menurut Kak Effa, anak-anak yang tiada surat beranak akan dihantar ke sebuah sekolah kerajaan yang khas untuk para pelajar yang tidak mempunyai pengenalan diri. Di sana mereka diajar skil vokasional yang melibatkan jahitan, memasak dan sebagainya.

Setelah bermain seketika dengan Baby, datang pula Batrisya, seorang kanak-kanak yang nasibnya lebih kurang seperti Baby tadi. Umurnya lebih muda berbanding Baby, panggilan manjanya Isya.

Yang berbaju purple tu ialah Isya

Isya mempunyai bapa tapi tidak mempunyai Ibu. Bapanya turut tinggal di Rumah tersebut.

Ini pula salah seorang penghuni OKU.. tapi dia sangat rajin dan suka membantu. Kat sini dia tengah bagi susu pada anak Kak Effa.. sangat independant


Seketika kemudian, saya di bawa oleh Kak Effa untuk berjalan sekeliling rumah.

Apa yang saya dapati, rumah itu nampak besar dari luar namun sempit untuk diduduki oleh lebih 130 orang penghuni. Katil-katil mereka disusun sebelah menyebelah dan terdapat juga tilam-tilam yang akan dibentang pada malam hari bagi menampung penghuni yang ramai.

Ruang tidur kanak-kanak perempuan.. Kat belakang tu tilam yang disusun untuk kegunaan malam hari.

Antara gambar-gambar di sekitar rumah RTK.
Ruang tamu serta ruang solat jemaah untuk penghuni RTK
Ruang tidur penghuni OKU dan Ibu tunggal
Ruang tidur warga emas.. kelihatan seorang warga emas sedang dibersihkan oleh penjaga di situ
Ruang TV
Keadaan mesin basuh yang sudah uzur terletak di hadapan Ruang TV

Saya ke dapur seketika untuk melihat keadaan di situ. Di sana saya berjumpa pula dengan Atuk. Kelihatan Atuk sedang termenung. Tanpa berlengah, saya pun pergi bersalam dan tanpa diduga, Atuk memegang erat tangan saya seperti tidak mahu melepaskan.

Saya terdiam dan terus duduk berhadapan dengan Atuk.
 
Atuk
Atuk mula menceritakan kisahnya di mana dia mempunyai seorang anak yang telah pun meninggal dunia pada umur 1 tahun dan suaminya merupakan seorang pegawai polis di Bukit Aman. Suaminya juga telah meninggal dunia. Atuk ni berasal dari Johor dan telah ditipu oleh saudaranya sendiri yang inginkan duitnya. Setelah habis dikikis, beliau dihantar ke rumah RTK ini.

Yang paling best, Atuk ni sebenarnya seorang pelakon pada suatu ketika dahulu. katanya dia berjiran dengan Arwah Sharifah Aini di kampung dan pernah berlakon dalam cerita Uda dan Dara. Namun, arwah bapanya melarang Atuk untuk teruskan kerjaya sebagai pelakon.

Nanti nak carilah cerita tu, mana tau boleh cam muka Atuk zaman muda-muda dulu.. mesti glam..hehe.. Saya pun bergambar dengan Atuk..untuk kenang-kenagan.

Me & Atuk...
Seterusnya, setelah selesai melayan Atuk, saya pun ke depan dan berjumpa dengan Kak Effa.

Banyak yang Kak Effa kongsikan dengan saya. Antaranya pada suatu ketika dahulu, mereka menghuni rumah lain tidak jauh daripada tapak RTK sekarang, namum mereka telah dihalau oleh pemilik rumah yang ingin menjual rumah tersebut. Mereka diberi masa 24 jam untuk mengosongkan rumah. Alangkah sedihnya saya mendengar. Kisah ini telah dipaparkan di media akhbar.

Saya juga diberitahu bahawa RTK ini didaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namum tidak mendapat bantuan daripada JKM kerana kononnya mereka telah mendapat banyak sumbangan. Namun pada hakikatnya, RTK memerlukan RM30 Ribu untuk menampung kos makan pakai pada setiap bulan. kerana rumah yang diduduki itu ada bayaran sewanya iaitu berjumlah RM17 Ribu setiap bulan.

Kini RTK sedang merancang untuk membeli sebuah rumah bagi mengurangkan beban kos sewa mereka. Pada mereka yang ingin menderma, bolehlah membuat sumbangan terus ke akaun di bawah

Bank: Bank Muamalat
No. Akaun: 1404-0002396-71-8
Nama Akaun: Rumah Titian Kaseh

Saya cadangkan jika anda di luar sana mempunyai masa terluang, boleh la datang melawat anak-anak ini di alamat di bawah.

No. 15, Jalan Persiaran Titiwangsa,
Taman Tasik Titiwangsa
53200, Kuala Lumpur

Anda boleh juga berhubung terus dengan Mak Pah di talian 019-645 5769

Setelah selesai bersalam dengan Kak Effa dan Baby, saya pun minta diri untuk pulang ke pajabat. Perasaan yang tak dapat saya gambarkan ketika meninggalkan rumah tersebut..

Sekian dulu daripada saya... Insya'Allah berjumpa lagi di entri yang lain.

Wasalam.

Jika anda rasakan entri ini bermanfaat, kongsikan dengan teman-teman anda agar lebih ramai yang hadir untuk membantu.



2 comments:

  1. Replies
    1. Sila..sila..mereka memang menantikan kedatangan semua..nak datang bawak diaorg g jalan2 pun boleh.. :)

      Delete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates