Wednesday, October 8, 2014

3 angka untuk bulan pertama..

Bismillahirohmanirrahim..

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya serta dipermudahkan segala urusan.. Insya'Allah!

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang untungnya berbisnes dengan adanya ilmu dan berada di dalam kumpulan yang betul.

Alhamdullilah! Bagi saya yang baru berjinak dalam bidang ini, saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan bonus 3 angka untuk bulan pertama menceburi bisnes ni.

Selama ini saya hanya lihat dan baca pengalaman rakan-rakan saya mengenai Bonus Shaklee.. Namun sekarang saya sendiri dapat merasakannya.

Sebelum ni saya memang tidak meminati bisnes MLM ni, saya juga tidak pernah terfikir untuk menceburkan diri mahupun mengambil peduli selok belok bisnes ini.

Malah dulu, saya juga agak skeptikal tentang bisnes seperti ini. Pasti terlintas di otak, beli barang, simpan stok dan akhir bulan kena habiskan jualan.. Kalau tak habis macam mana? Guna sendiri.. Kalau tak habis guna macam mana? Simpan sampai berkulat tapi bulan depan kena beli stok lagi..sudahnya kita yang keluar duit bukan dapat duit..buat apa..??

Kalau dulu, nak kata tak terlibat langsung tak la jugak sebab saya juga pengguna tupperware brands, bila nak beli tupperware orang tu suruh jadi member untuk dapat harga murah..saya pun join. Lepas tu beli pulak barang Avon dan macam biasa, orang suruh jadi member, saya pun join. Sama jugak dengan Cosway, saya pun join jugak.

Saya juga telah mengenali Shaklee sejak dari bangku sekolah lagi tapi yang ni saya tak join jadi ahli sebab tak pernah tahu macam mana nak join dan yang paling penting tak pernah tahu pasal adanya bonus shaklee ni..

Namun perspektif saya mula berubah apabila melihat rakan-rakan sebaya saya mula berjaya dan berkongsi kisah bonus yang diterima..

Status yang membuat saya mula tertanya-tanya ialah status rakan saya di FB, dia up status "tadi borak dengan bisnes partner, tak sangka kan dulu 3 angka sekarang dah 4 angka".. Cuba kalau anda membaca status tu, apa yang anda fikir?



Saya pun mula ada rasa ingin tahu.. Tapi segan nak bertanya, yelah kan kita ni nak tau je, minat memang minat tapi belum tentu nak buat. Fikir punya fikir, saya pun PM rakan saya dan soalan saya mudah je.. "Berapa kena invest nak join shaklee ni?"



Jawapan dia memeranjatkan saya iaitu RM65 je untuk seumur hidup.. Wah! Biar betul... Dah la tak sampai RM100, lepas tu untuk seumur hidup pulak tu.. Jadi saya pun join..

Dengan tanpa disangka-sangka, sejurus selepas join, saya diperkenalkan dengan sekumpulan jutawan dan bakal jutawan di bawah Empayar MFMS yang bersama-sama berkongsi ilmu tentang bisnes ini dan tidak pernah jemu untuk membantu satu sama lain. Banyak yang dikongsikan dan dari sana saya banyak belajar selok belok bisnes ini.. Dan Alhamdulillah! Inilah pulangan yang saya dapat.. 3 angka untuk bulan yang pertama.. Memang mudah bila kita tau caranya.

Jadi untuk anda di luar sana, mungkin anda juga seperti saya yang dulu, namun jika anda di dalam kumpulan yang betul, semua yang dirasakan tidak boleh akan berubah menjadi boleh. Sentiasalah berfikiran positif kerana anda adalah apa yang anda fikirkan.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Azma untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Azma

Shaklee ID : 1167781

019-206 9656 (Call, SMS, WhatsApp)

4 comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates