Wednesday, November 5, 2014

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG, KERAMAT, WANGSA MAJU, SETIAWANGSA, TAMAN MELAWATI DAN KAWASAN SEKITAR KL

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG, KERAMAT, WANGSA MAJU, SETIAWANGSA, TAMAN MELAWATI DAN KAWASAN SEKITAR KL

Assalamu'alaikum semua..

Saya doakan anda semua sihat dan di bawah lindungan Allah SWT..

Di sini saya nak uar-uarkan kepada anda semua bahawa saya merupakan pengedar Shaklee yang sah dengan nombor ID 1167781.

Saya beroperasi di Ampang dan mengedar barangan Shaklee di kawasan Ampang, Keramat, Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Kuala Lumpur City Centre serta kawasan sekitar Lembah Klang



Anda pernah dengar mengenai produk SHAKLEE?

Anda berminat nak tau mengenai produk SHAKLEE?
Anda berminat nak beli tapi tak tau macam mana?

Perlukan Pengedar Shaklee di Ampang dan di sekitar kawasan KL?

Anda tak gemar membeli di talian (online)?

Jangan risau dan pening-pening. Azma ada disini untuk anda yang memerlukan khidmat pengedar shaklee kawasan Ampang, Keramat, Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati dan kawasan sekitar Kuala Lumpur, anda boleh hubungi saya

AZMA 019- 206 9656

Pengedar Sah Shaklee di kawasan Ampang, Keramat, Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati dan kawasan sekitar Kuala Lumpur

Jimat masa anda, tak perlu susah payah beratur di stokis. Saya boleh tolong hantarkan atau anda boleh ambil di tempat saya.

Sebagai pengedar shaklee di kawasan anda, Saya akan membantu memberikan servis terbaik.

Cuma perlu beritahu produk apa yang anda inginkan, saya akan dapatkan untuk anda. 

Lebih cepat dan terjamin. Insyaallah!

Lebih istimewa...dengan setiap pembelian, anda akan dapat konsultasi percuma. 

Anda akan diajar cara makan dan khasiat setiap vitamin yang anda beli.

Ada lagi buat setiap pelanggan saya...

Setiap pembelian Produk Shaklee akan disertakan dengan konsultasi percuma terbaik untuk anda.

Buatlah tempahan anda sekarang!

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di 019-206 9656

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Azma untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Azma

Shaklee ID : 1167781

019-206 9656 (Call, SMS, WhatsApp, Telegram)

Wednesday, October 8, 2014

3 angka untuk bulan pertama..

Bismillahirohmanirrahim..

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya serta dipermudahkan segala urusan.. Insya'Allah!

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang untungnya berbisnes dengan adanya ilmu dan berada di dalam kumpulan yang betul.

Alhamdullilah! Bagi saya yang baru berjinak dalam bidang ini, saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan bonus 3 angka untuk bulan pertama menceburi bisnes ni.

Selama ini saya hanya lihat dan baca pengalaman rakan-rakan saya mengenai Bonus Shaklee.. Namun sekarang saya sendiri dapat merasakannya.

Sebelum ni saya memang tidak meminati bisnes MLM ni, saya juga tidak pernah terfikir untuk menceburkan diri mahupun mengambil peduli selok belok bisnes ini.

Malah dulu, saya juga agak skeptikal tentang bisnes seperti ini. Pasti terlintas di otak, beli barang, simpan stok dan akhir bulan kena habiskan jualan.. Kalau tak habis macam mana? Guna sendiri.. Kalau tak habis guna macam mana? Simpan sampai berkulat tapi bulan depan kena beli stok lagi..sudahnya kita yang keluar duit bukan dapat duit..buat apa..??

Kalau dulu, nak kata tak terlibat langsung tak la jugak sebab saya juga pengguna tupperware brands, bila nak beli tupperware orang tu suruh jadi member untuk dapat harga murah..saya pun join. Lepas tu beli pulak barang Avon dan macam biasa, orang suruh jadi member, saya pun join. Sama jugak dengan Cosway, saya pun join jugak.

Saya juga telah mengenali Shaklee sejak dari bangku sekolah lagi tapi yang ni saya tak join jadi ahli sebab tak pernah tahu macam mana nak join dan yang paling penting tak pernah tahu pasal adanya bonus shaklee ni..

Namun perspektif saya mula berubah apabila melihat rakan-rakan sebaya saya mula berjaya dan berkongsi kisah bonus yang diterima..

Status yang membuat saya mula tertanya-tanya ialah status rakan saya di FB, dia up status "tadi borak dengan bisnes partner, tak sangka kan dulu 3 angka sekarang dah 4 angka".. Cuba kalau anda membaca status tu, apa yang anda fikir?



Saya pun mula ada rasa ingin tahu.. Tapi segan nak bertanya, yelah kan kita ni nak tau je, minat memang minat tapi belum tentu nak buat. Fikir punya fikir, saya pun PM rakan saya dan soalan saya mudah je.. "Berapa kena invest nak join shaklee ni?"



Jawapan dia memeranjatkan saya iaitu RM65 je untuk seumur hidup.. Wah! Biar betul... Dah la tak sampai RM100, lepas tu untuk seumur hidup pulak tu.. Jadi saya pun join..

Dengan tanpa disangka-sangka, sejurus selepas join, saya diperkenalkan dengan sekumpulan jutawan dan bakal jutawan di bawah Empayar MFMS yang bersama-sama berkongsi ilmu tentang bisnes ini dan tidak pernah jemu untuk membantu satu sama lain. Banyak yang dikongsikan dan dari sana saya banyak belajar selok belok bisnes ini.. Dan Alhamdulillah! Inilah pulangan yang saya dapat.. 3 angka untuk bulan yang pertama.. Memang mudah bila kita tau caranya.

Jadi untuk anda di luar sana, mungkin anda juga seperti saya yang dulu, namun jika anda di dalam kumpulan yang betul, semua yang dirasakan tidak boleh akan berubah menjadi boleh. Sentiasalah berfikiran positif kerana anda adalah apa yang anda fikirkan.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Azma untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Azma

Shaklee ID : 1167781

019-206 9656 (Call, SMS, WhatsApp)

Tuesday, September 30, 2014

My "impossible" Journey.. (Part 1)

Hi semua..

Kali ni saya nak share dengan anda semua tentang misi baru saya...

Sebenarnya.. saya memang takut dan rasa seperti tidak mampu untuk melakukannya.. tapi, saya gagahkan juga. Ok here it goes...


Misi saya adalah untuk menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan...


                                IMPOSSIBLE!!!...




Well.. nampak macam impossible tapi sebenarnya ianya boleh dilakukan.. (cewah!.. confident abis..)

Jadi, memandangkan saya nak berkongsi, jadi kenalah share habis kan..

Berat saya sekarang adalah 78kg.. (sila jangan komen mahu pun gelak..ehem)

Saya nak hilangkan 10kg.. jadi target berat dalam 3 bulan adalah 68kg.

Menggigil jugak sambil menulis ni.. macam-macam biawak dalam kepala ni.. ada yang kata tak bolehlah.. kalau tak kurus malula.. dan macam-macam lagi..

Tapi... sebelum saya jadi Ms. Bond.. dalam mission "impossible" saya ini... mestila saya dah buat homework..

Pertama, cara pengiraan BMR, DCR, dan juga apa itu kalori.. (details ni saya buat dalam entri lain ye)

Kedua, dah tau cara nak kira, apa lagi... kiralah..

Setelah kira punya kira... jumlah kalori yang boleh saya ambil dalam sehari hanyalah 993.51kcal...

WAH! acane tu?



Sebab nak kurus.. Jadi sekarang saya telah pun berjinak-jinak dengan aplikasi Fitnesspal untuk mengira kalori makanan yang saya ambil...

      (contoh gambar aplikasi yang saya google image nya)

Maka dengan ini, saya nak tak nak kenala melakarkan jadual pengambilan kalori dalam sehari dan WAJIB la saya follow kaannn...



Tapi... ada tapi... saya ada cabaran saya tersendiri..

Cabarannya adalah saya pernah menghidap thyroid dan bukan mudah bagi saya untuk menurunkan berat badan. (jadi kalau tak turun nanti bukan salah saya k... alasan sangat kaan) tapi takpe saya akan tetap mencuba dan doa dari kalian semua amat saya harapkan...

Jadi, setiap hari saya akan cakap pada diri sendiri.. saya akan turun berat badan sebanyak 10kg menjelang Disember 2014.

Saya pernah beberapa kali mencuba untuk menurunkan berat badan sebelum ni tapi tidak berjaya.

Macam mana nak berjaya kalau ubat yang diberikan Doktor tu mengandungi steroid.. Pantang sepuluh kali sekejap jadi lapar dan kalau tak makan, menggigil macam penagih. huhu..

Pelbagai kaedah telah saya cuba seperti memakai korset (banyak gila korset beli..tapi xpakai sebab tak selesa..adoyai)

Sapu minyak panas sampai nak terbakar rasa kulit. Gigih sangat menahan panas... Ada sekali tu sampai terpaksa pergi ke tandas untuk membasuh krim tu sebab tak tahan... huhuhu.

Segala kaedah-kaedah ini amat menyeksakan saya. Tapi kini, saya ingin menurunkan berat badan dengan cara yang sihat tanpa menyiksakan diri saya sendiri.

Nasib saya baik kerana Allah temukan saya dengan Group yang sangat Awesome, kami sama-sama ingin 'menipis' menjelang Disember 2014. Kami saling bertukar informasi dan memantau pemakanan harian.

Semoga misi saya ini berjaya.. Insya'Allah

Doakan saya ye..

Oklah chow dulu!

p/s: alamak hai nak dekat raya haji ni.... camano tu?

Wednesday, September 24, 2014

Silakan masuk!

Assalamu'alaikum,

Bismillahirahmanirahim, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekian alam.

Alhamdulillah.. Inilah kalimah pertama yang ingin saya coretkan pada penulisan pertama di blog saya ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setingi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia dariNya, saya telah diberi kekuatan untuk melaksanakan solat sunat dhuha secara istiqamah.. insya'Allah mudah-mudahan berpanjangan hendaknya.. Hari ini telah genap seminggu dhuha telah saya jalankan secara berturut-turut. Perasaan selepas solat sunat dhuha ini amat berlainan dan sukar untuk digambarkan..

Suami saya sendiri pernah bertanya "kenapa nampak happy sangat harini?" Tidak saya sangka bahawa solat sunat yang simple ini boleh menaikkan seri wajah untuk kelihatan ceria..Masya'Allah.. Alhamdulillah.. Dan yang paling saya suka..ketenangan yang saya kecapi dan perjalanan kerja harian rasa dipermudahkan..

Sebelum saya lupa, Terima kasih saya tidak terhingga kepada sekumpulan jutawan dan bakal jutawan yang telah mendidik kami para usahawan untuk mengabadikan "Master Checklist" untuk berjaya di dunia dan juga akhirat.. Syukran jazakallah..

JAHIL

Dulu, saya sememangnya tahu kewujudan solat sunat dhuha ini, namun saya tidak pernah endahkan kerana kononnya tuntutan waktu bekerja yang tidak mengizinkan. Astaghfirullah al azim! Walaupun pada ketika dulu, rakan-rakan sekerja saya turut mengamalkan solat sunat dhuha.. Dan masih mampu melaksanakan kerja-kerja di ofis.

Kerana apa saya acuh tidak acuh, kerana saya sendiri rasakan solat dhuha itu sunat, apa bezanya dengan berdoa, buat sujud syukur ke. Walaupun saya merupakan pelajar lepasan UIA, yang mana Universiti saya dulu sering menganjurkan kem-kem solat dan sebagainya.. Saya tidah pernah nak ambil tahu..

Alangkah ruginya saya pada waktu itu, kerana masa kita student, masa kita lebih banyak berbanding waktu bekerja. Jadi dulu bila dah mula bekerja, saya sering mengadu gaji tidak cukup, itu dan ini. Haih! Sungguh jahil pemikiranku pada waktu itu. Ya Allah! ampunilah hambamu yang daif ini..

TERSEDAR

Namun, Allah memang tidak pernah lupakan hamba-hambaNya.. Saya diperlihatkan dengan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" dan diperkenalkan kepada mentor-mentor yang sudah berjaya dan yang sudi berkongsi rahsia kejayaan mereka. Sesungguhnya solat sunat dhuha ini amat penting untuk kita berjaya.. Kita nak berjaya kenalah tiru orang yang sudah berjaya..

Petikan di bawah ini telah saya ambil dari blog "rahsia 8 jutawan terbongkar" mengenai pentingnya solat sunat dhuha dalam kehidupan harian kita.

Reference: http://rahsia8jutawanterbongkar.blogspot.com/2011/11/rahsia-jutawan-amalan-solat-sunat-dhuha.html


Ada pun diantara keutamaan atau manfaat shalat dhuha ini adalah apa yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Ahmad dari Abu Dzar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh orang lain agar melakukan amal kebaikan adalah sedekah, melarang orang lain agar tidak melakukan keburukan adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.”

Juga apa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Buraidah bahwa Rasulullah saw bersabda,”Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus dikeluarkan sedekahnya untuk tiap ruas tulang tersebut.” Para sahabat bertanya,”Siapakah yang mampu melaksanakan seperti itu, wahai Rasulullah saw?” Beliau saw menjawab,”Dahak yang ada di masjid, lalu pendam ke tanah dan membuang sesuatu gangguan dari tengah jalan, maka itu berarti sebuah sedekah. Akan tetapi jika tidak mampu melakukan itu semua, cukuplah engkau mengerjakan dua rakaat shalat dhuha

MULA BERUBAH

Berbalik kepada cerita saya tadi, oleh kerana tuntutan hidup, dengan keadaan kewangan yang tidak stabil, saya telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan di sini hidup saya mula berubah. Saya mula menjinakkan diri untuk lebih mengenali solat-solat sunat yang lain dan memperbanyakkan mendengar ceramah-ceramah agama yang mana salah satu daripada ceramah itu adalah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dato' Ismail Kamus yang membincangkan soal kelebihan solat sunat dhuha.

Antaranya adalah;

1. Mengelakkan kita daripada perbuatan dosa
2. Di akhirat nanti, Allah mempersiapkan satu syurga di mana pintunya tertulis 'Bab Dhuha' untuk para hambaNya yang mengamalkan dhuha
3. Untuk keberkatan rezeki

Saksikan video selanjutnya disini: http://youtu.be/iDHu6iqFKVU

http://youtu.be/iDHu6iqFKVU


Untuk yang belum tahu, solat sunat dhuha ini amatlah mudah, ianya boleh dilakukan mengikut kemampuan diri sama ada 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat, mahu pun 12 rakaat. Solatnya sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain iaitu 2 rakaat 1 salam dan mengikut pilihan rakaat kita. Selepas itu, bacalah doa ini;


Di sini, segalanya amat jelas bahawa rezeki Allah itu Maha Luas, namun jika kita berusaha untuk melakukan tuntutan Allah yang simple ni, nescaya Allah juga tidak akan lupa untuk terus membuka pintu rezeki kita. Insya'Allah.. Saya ingin juga berkongsi doa selepas solat sunat dhuha ini dalam versi nasyid untuk memudahkan kita menghafalnya. Klik sini. untuk video terebut.


KESAN PERUBAHAN

Kesan daripada amalan saya yang tidak seberapa ini, saya telah sedikit sebanyak merasakan aura positif di dalam diri dan rezeki yang datang lebih meluas berbanding dulu. Ada satu masa tu, dalam bank ada baki RM50 sahaja tapi dengan izinNya, jumlah itu mampu untuk bertahan selama seminggu di KL ni.. ajaibkan! Itulah rahsia Allah yang hanya DIA yang tahu dan dikurniakan kepada hambaNya yang DIA pilih.. Masya'Allah!

Jadi bagi anda diluar sana yang masih belum memulakan solat sunat ini, masih belum terlambat. Mulakan dengan perlahan dan Insya'Allah akan menjadi rutin harian kita Insya'Allah. Saya doakan urusan anda semua dipermudahkan dan semoga Allah SWT akan terus melimpahkan rezeki untuk kita semua. Amin!

Sekian untuk kali ini, Wasalam.

Note: Jika anda rasakan post ini bermanfaat, sila kongsikan untuk manfaat bersama. Insya'Allah!

-aimazma-
"Value your LIFE in different ways"


 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates